1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
P/S : Susah sikit nak jumpa lelaki yang macam nie ye...selalunya lelaki ini mementingkan kecantikan..especially luaran...
2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
P/S : Yang nie mungkin betul..xpernah lagi ak nampak lelaki suka lelaki lain cuba goda kekasih dia..mahu dapat tumbukan sulung..hehehe...
3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
P/S : Betul ke yang ini??soalan yang first maybe betul...tunang ak selalu tanya..tapi soalan kedua tue agak payah sikit die nk tanya...Lelaki lain ak xtau la pula..
4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
P/S : yang nie xdapat dipastikan betul atau tidak..ak bukan lelaki..so ak xtau...
5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
P/S : OH..NO..NO..NO..tidak sama sekali..sampai bila lelaki tue nk abaikan ye??awal-awal boleh kot..tapi kalu dah lama-lama mesti lelaki suruh ubah..percaya la...
6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
P/S : Kesimpulan apa ye??no idea...
7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
P/S: Maybe...
8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
P/S : yang sangat2 betul...jangan lah cuba-cuba untuk ceritakan tentang bekas teman lelaki ye..kalu masih kawan xpe..untuk luah perasaan..ni dah couple..dah tunang still cerita lagi..memang cari nahas..ingat bekas lagi ke kak??
9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
P/S : yang tidak pun no idea...sebab ak kene mara dengan tunang sendiri bila tanya pasal nie..hahahaha
10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
P/S : hahaha...dulu mungkin ayat nie sesuai kot..zaman sekarang...xpayah la nak percaya sangat..asal lelaki setuju nak jumpa parents terus ingat lelaki serius...jangan mimpi disiang hari n berangan sampai ke pelamin ye...harapan je la tue...tapi xsemua lelaki ye...
11. Lelaki juga akan menangis.
P/S : ofcourse lelaki akan menangis..susah nak tengok lelaki menangis..lelaki yang dewasa ye..bukan kanak2 ribena...(first time tengok lelaki nangis...tunang sendiri..)
12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
P/S : ini macam nak balas dendam je...
13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
P/S : sangat2 betul..dia akan desak kita sampai bagi jawapan..
14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
P/S : hahaha...nie macam nak goda je..kurang belaian...
15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
P/S : gagap ke??xsemua...
16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
P/S : hahaha...ye ke??
17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
P/S : ofcourse la..wanita pun sangat sayang ibu mereka...
18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
P/S : ye ke??xpasti la...
19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
P/S : sangat2 betul ok...
20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
P/S : lama-lama mesti la bosan...
21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
P/S : ye ke??xsemua ok...
22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
P/S : hahaha...tp kadang2 ada juga lelaki xsuka..macam kita control hidup die pula...
23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
P/S : sangat2 betul...xboleh tengok kalu wanita keluar dengan lelaki lain...
24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
P/S : ye ke??betul kot...
27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
P/S : hahaha...nk tengok kurus ke berisi ye??
28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
P/S : hahaha..jangan perasan lebih ye wanita...xsemua lelaki begitu..kalu dah lelaki jumpa wanita yang lagi cantik..menarik..menawan..menggoda..good bye je la..3 tahun ke..4 tahun ke..5 tahun ke...tahun umpama minit je..sebab ak pernah kene..
29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
P/S : hahaha..memang la..dah lelaki xde duit..
yang ini saja mampu ak ulas ye..yang lain tue..ak xsure la nak komen pe benda..hehehe....