Friday, December 31, 2010
MsuK UniVerSiti
.:: TaG FrOm My BeLoVeD FrEnZ, MiNt ::.
Pc FaiR ExPo
Thursday, December 30, 2010
.:: TaG FrOm My YouNgeR SiSteR, MiZaH ::.
hahahah...sgt xd keje ak nie....
TeKaNaN BiLe FiKiR DiRi Je BetUl.....
tension...geram..sedih...
smua ad la...
apa rasa kalu org fikir diri sndri je betul...
n org lain semua slh je...
hek eleh...
bajet diri sempurna sgt la...
elo....
diri sndri pun lum smpurna...
byk sedap pula nak ckp diri org ln xbetul...
benci gila ak dgn org mcm nie....
xdpt nk trima kenyataan diri sndri dh salah..
bile dh trbukti diri tue slh...
igt minta la maaf...
huh...
haram...bajet nk cover la tue..
boleh pla tergedik2 tunjuk muka gula2 die tue...
ego tinggi melangit...
x luak pun duit kalu minta maaf...dh jelas terang lg bersuluh diri tue salah...
so xpyh la nk cover...
malu la konon...
sedar pun malu...
time mara2 org sbb kslahan sndri...
xd pula fkir malu...
trkulat2 org ln kne mara sdngkan slh sndri...
bajet muka dh cantik...muka dah hensem...
le fikir diri sndri smua betul la....
bajet dah graduate dari U...
le fikir diri sndri tue pndai n cerdik bagai ke...
bajet dh ad diploma n ijazah tue...
le ego tinggi melangit...
orang yg muka xcntik n xhensem...
orang yg xmsuk U...
orang yg xd diploma n ijazah...
tue...
lg better la...
lg le brfikir dgn bek...
lg pndai dari diri tue...
susah nk cakap kalu org dh bajet smpurna nie...
mana nak dgr nasihat org...
Tuesday, December 28, 2010
BerKeLaH
sgt la best ok...
n time tue cuti krimas...
so le byng kn penuh yg amat...
ak g dua kete...
satu family...
n tambah 3 org adik sepupu...
tmpt prking bwh sekali sgt pnuh...
tmpt prking kedua jg sgt pnuh...
n g prking ats skali...pnuh jg...
tp nsb menyebelahi...
ad la dua tmpt prking...
n smpai je....adik sepupu ak la pling truja..
bdk2 kn...
smpai je cri tmpt trus salin bju...
n yg pling kelakar nye....
adik spupu ak yg 3 thun...
mula2 excitd trlbih...
nk trun cpt tue dlm air...
dh trun...ambik ko...
trus nk nek...hahaha...
sbb sjuk melampau...
memang sjuk sgt2...
even ayh ak pn xtahan...
mcm mndi dgn ais...
ltk je bdn si kcik dlm tue...
mnjerit nk kluar...
jap je dh bergetar bibir...
sian die...biru2 bibir...
tp tue pn xsrik...
nk ikt lg...hahaha...
tp memang best la kt situ...
air sgt sjuk...
even dua kali ak g...
tp memang trbek la dri air trjun yg prnh ak g...
slamat utk kanak2...sbb tmpt utk mndi sgt byk n lndai...
n sgt cetek...
tp byk batu la...so kne la hti2...
utk gmbr pla...
mls la nk upload...tgk la blog adik2 ak ye...
diorg dh upload...
sini n sana
Monday, December 13, 2010
alhamdulillah....
selamat pergi n pulang dri johor...
tahniah utk sepupu ku...
selamat pengantin baru buat kutai n kak lis...
then...
alhmdulillah...
my hubby get his job...
congrat ye....
kumpul duit byk2...
skrang berfikir utk mnjdikan hubungan kmi hubungan yg halal n sah...
mudahan2 dipermudahkan n dipercepatkan...
amin....
Saturday, December 11, 2010
mood
jd sy sgt la mls..
insyaallah...
kalu rajin nnti sy update la ye..
die nk berswang mawang ke..
biar la..
bkn ad yg bc pn...
weeeeeeeeeeee.............
Saturday, December 4, 2010
CinTa KeduA LeBiH BaiK
“Halim, pe yg kau buat nie?”serius Farid bertanya.
“Apa yang aku buat nie?xfaham la aku.” Dengan selamba nya Halim menjawab.
“Kenapa kau nak bawa Mai tue sebagai pasangan majlis company ? Tasha,isteri kau macam mana?”
“Ala..kau bukan xkenal dengan isteri aku tue. Berfesyen pun xtau.Malu aku nanti.Sekurang-kurangnya Mai tue cantik dan menawan.Xde la malu aku bawa dia nanti.” Dengan bangga Halim berkata.
“Huh. Bukan selama ini kau ke yang menghalang Tasha bersosial. Bukan kau ke yang tidak benarkan Tasha bekerja. Aku xfaham lah dengan kau ini.” Jawab Farid terus keluar dari bilik Halim.
Malas Farid nak bersoal jawab dengan kawan baik nya sejak U dulu. Orang yang sedang dilamun cinta tidak akan dengar nasihat orang lain. Dia kesian dengan Tasha, isteri Halim. Tasha satu U juga dengan dia dan Halim. Kisah percintaan mereka sejak dari universiti semuanya Farid tahu. Tasha mempunyai ijazah tetapi tidak dibenarkan Halim untuk bekerja kerana Halim cemburu lelaki lain rapat dengan Tasha. Ketika di universiti dulu, Tasha mempunyai ramai peminat. Tasha jenis yang ceria dan rupa paras nya sejuk mata memandang menyebabkan ramai lelaki yang terpikat . Kawan sekelasnya, Zarif pernah memberitahunya yang dia mencintai Tasha namun ketika itu Tasha sedangkan bercinta dengan Halim. Sejak habis belajar, dia tidak lagi berjumpa dengan Zarif. Tapi sejak berkahwin dengan Halim, semua aktiviti Tasha disekat dan semua perwatakan Tasha berubah. Dia tidak lagi pandai bersosial dan bergaya seperti ketika masih belajar. Mungkin bagi Tasha, dia telah berkahwin dan tidak perlu bergaya lagi.Halim hanya memerhatikan Farid keluar dari biliknya. Dia terbayang-bayangkan kemanjaan dan kecantikan Mai. Kerana kecantikan dan kemanjaan Mai itulah membuatkan dia jatuh cinta sekali lagi. Bukan Tasha tidak cantik, tapi Tasha malas hendak bergaya. Hanya memakai kain batik dan tshirt sahaja di rumah. Tasya merupakan isteri yang sempurna. Layanan yang diberikan Tasya cukup sempurna. Semua kawan-kawannya cakap beruntung dia mempunyai isteri sperti Tasya. Tapi dia mahu mempunyai zuriat sendiri. Setelah 5 tahun usia perkahwinannya dengan Tasha, sampai sekarang dia masih tidak dikurniakan zuriat. Dia menyalahkan Tasha kerana tidak dapat memberikan dia zuriat sedangkan doctor telah mengatakan yang dia dan Tasha tidak mempunyai masalah. Dia yakin mesti Tasha akan membenarkan dia berkahwin dengan Mai. Malam ini dia akan membawa Mai ke majlis company sebagai pasangannya dan akan menghabiskan masa bersama dengan Mai.
“Abg, malam ini akan majlis company kan. Tasya nak ikut abg. Please abg.” Tasya memujuk Halim agar membawa dia ke majlis tersebut.
“Tasya, abg bukan tak mahu bawa Tasya, tapi semua kawan-kawan abg tak bawa pasangan. Takkan abg nak bawa pasangan pula. Dah lah. Abg dah lewat ini. Jangan tunggu abg balik.” Kata Halim dan dia terus keluar.
Mengalir air mata Tasya melihat suaminya pergi. Bukan dia tidak tahu yang semua staff boleh membawa pasangan. Ain, isteri Farid telah menghubunginya petang tadi memberitahu hal itu.
Ain berharap yang Tasya akan mengikut Halim ke majlis tersebut kerana Ain akan pergi bersama dengan Farid. Malam itu Tasya tidur berendamkan air mata.
Keesokan harinya, setelah Halim pergi ke tempat kerja, Tasya menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Ketika berehat di dalam bilik setelah selesai melakukan kerja rumah, tiba-tiba telefon Halim berbunyi menandakan sms masuk.
“Abg ini mesti terlupa bawa handphone. Apa la yang difikirkan agaknya.” Ngomel Tasya sambil mengambil telefon suaminya untuk melihat.
“Hm..dari officemate Mai. Mesti ada yang urgent ini. Baik aku buka untuk lihat kandungannya.”
Terperanjat dia melihat isi kandungan sms tersebut. Apa hubungan sebenar suaminya dengan Mai. Dia seperti tidak percaya kandungan sms tersebut. Dia membuka kandungan inbox yang lain. Honey dan Baby. Mengalir air matanya apabila melihat isi kandungan tersebut.
Tasya menyimpan hal tersebut didalam hati kerana terlalu sayangkan Halim. Sehinggalah suatu hari Tasya mendapat berita Halim ditangkap basah bersama Mai di apartment Mai. Hancur hati Tasya apabila mendapat berita tersebut. Dia tidak sangka Halim sanggup membuat perkara keji itu. Dia tidak mampu bersabar lagi dengan Halim. Dia mahu Halim ceraikan dia sebelum berkahwin dengan Mai. Dengan berat hati Halim menceraikan Tasya dengan talak satu.
Pada malam Halim nikah dengan Mai, Tasya berangkat ke London untuk menenangkan hati.
Ketika dia tiba di lapangan terbang Kota London, tiba-tiba dia terlanggar seseorang.
“I’m sorry sir.” Tasya meminta maaf sambil mengangkat barang yang terjatuh.
“It’s ok. It’s also my fault. Are you ok miss?”
“Yes, I’m ok. Sorry again sir.”
Ketika mengangkat muka untuk melihat wajah yang dilanggar, terperanjat Tasya kerana yang dilanggarnya adalah Zarif, rakannya ketika di universiti. Zarif begitu gembira kerana dapat berjumpa dengan perempuan yang dia cintai selama ini. 5 tahun dia berhijrah ke Kota London kerana membawa diri ketika majlis perkahwinan Tasya dan Halim. Tidak disangka dia berjumpa kembali. Zarif memerhatikan sekitarnya untuk mencari Halim.
“Tasya, mana Halim? tak nampak pun.”
Tersentak Tasya apabila Zarif bertanya begitu.
“Hm, saya dah bercerai dengan Halim. Awak buat apa kat sini?”
“Maafkan saya kerana membuat awak sedih Tasya. Saya tidak tahu. Saya bekerja di sini. Baru pulang dari Paris. Bercuti. Awak pula buat apa disini?”
“Tidak mengapa. Hal dah berlalu. Saya bercuti ke sini. Mencari ketenangan. Eh, boleh la awak bawa saya berjalan di London.”
“Boleh. Tidak menjadi masalah. Mari saya bawa awak ke hotel. Mesti awak penat dan perlu berehat. Selepas itu baru saya bawa awak ye.”
Setelah 5 hari di London, Tasya gembira kerana Zarif melayan dia dengan baik. Namun hatinya masih terluka dan sedih dengan apa yang berlaku. Tasya telah meminta Zarif mencarikannya pekerjaan di sini kerana dia tidak mempunyai kekuatan untuk balik ke Malaysia. Mesti segala kenangan bersama Halim akan diingatinya.
7 tahun berlalu..
Lapangan Terbang KLIA penuh sesak dengan pengunjung dari pelbagai negara. Kelihatan sepasang suami isteri dan anak kembar mereka yang berusia 2 tahun keluar dari balai ketibaan. Farid melambai kearah pasangan tersebut. Zarif dan Farid berpelukan seperti sudah lama tidak berjumpa. Mereka terus pulang kerumah keluarga Zarif.
“Hubby, ok ke baju yang honey pakai ini? Tidak over ke?” Tanya Tasya kepada suami nya Zarif.
Zarif terpegun melihat kecantikan Tasya. Walaupun telah melahirkan anak, dia masih kelihatan seperti anak dara. Bertuah sungguh dia dapat memiliki Tasya walaupun sungguh pada mulanya Tasya susah untuk menerimanya kerana masih takut dengan kisah silam nya bersama Halim.
Namun berkat kesabaran dan doa yg dipanjatkan, Tasya akhirnya dapat menerimanya sebagai suami. Dia berjanji akan membahagiakan Tasya sehingga keakhir hayat.
“Cantiknya isteri hubby nie. Macam anak dara lah. Kita tak payah lah pergi ke majlis reunion tue.” Kata Zarif sambil memeluk isterinya dari belakang.
“Hubby ni kenapa? Kan kita dah janji dengan Farid dan Ain nak pergi. Kesian mereka. Mesti tertunggu-tunggu nanti.”
“Ala, isteri hubby nie cantikkan sangat. Tergoda hubby sekarang.”
“Hish hubby nie. Cepatlah. Honey nak bersiap nie. Nanti lagi lambat kita pergi.” Kata Tasya sambil menampar lengan suaminya manja.
Di majlis reunion tersebut, semua mata jemputan tertumpu kepada pasangan yang baru saja tiba. Keanggunan Tasya dan kekacakan Zarif menyebabkan semua mata jemputan tertumpu kepada mereka. Halim terperanjat memerhatikan pasangan tersebut. Bekas isterinya bertambah anggun dan bergaya sekarang. Malah semakin bergaya dan cantik dari ketika mereka menjadi kekasih dulu. Dia tidak sangka Tasya akan datang juga majlis reunion ini. Paling dia tidak sangka Tasya akan hadir bersama Zarif sebagai pasangan.
“Apakah hubungan mereka?” Halim tertanya-tanya sambil darah cemburunya mula meluap. Tapi dia tidak sanggup hendak bertanya dengan rakannya yang lain. Hendak bertanya sendiri dengan Tasya, dia malu dengan apa yang dia buat dahulu.
Keesokan harinya ketika sedang menuju ke restoran di shoping complex untuk makan tengah hari, Halim ternampak Tasya dari jauh. Dengan perlahan dia melangkah kearah Tasya namun tiba-tiba Zarif muncul bersama dua orang baby lelaki dan Halim melihat Tasya mendukung salah sorang baby tersebut dengan senyuman yang melimpah ruah. Tiba-tiba bahu Halim ditepuk dari belakang.
“Sudahlah. Jangan difikirkan Tasya lagi. Sekarang kau dah kawin dengan Mai. Setialah dengan dia. Tasya sudah bahagia sekarang dengan suami dan anak-anaknya. Jangan diganggu kebahagian mereka lagi.” Kata Farid kepada Halim. Dia tidak sangka Zarif akan membawa diri ke London dan masih mencintai Tasya. Kukuh cinta Zarif terhadap Tasya walaupun tidak diluahkan ketika belajar dulu.
Halim terperanjat mendengar kata Farid. Tidak sangka Tasya sudah berkahwin lain dan semakin cantik bergaya walaupun sudah mempunyai anak.
“Menyesal aku kerana tidak menjaga hubungan aku dengan Tasya dengan baik. Aku sanggup menjalinkan hubungan dengan perempuan lain sedangkan dia setia dengan aku dulu.”
“Dulu aku dah nasihatkan kau tapi kau yang tak mahu dengar. Nasi dah menjadi bubur. Terimalah kenyataan jodoh kau dan Tasya dah berakhir.”
“Mai tidak sama dengan Tasya, Farid. Dia selalu memberontak apabila aku menyuruh dia buat sesuatu. Sampai sekarang dia tak mahu memberi aku zuriat. Mungkin ini balasan yang aku dapat kerana menyakiti hati Tasya.”
“Sudahlah. Kau doakan sahaja Mai berubah. Insyaallah suatu hari nanti dia akan berubah.”
Halim mengangguk sambil memerhatikan Tasya dan Zarif hilang dari pandangan. Tasya beruntung akhirnya dia ditemukan dengan suami yang sangat mencintai dirinya. Tasya bahagia dan dia telah menjadi perempuan yang sempurna. Dia telah menjadi isteri kepada Zarif dan ibu kepada anak kembarnya. Akhirnya pelayaran Tasya telah berlabuh di pelabuhan kasih Zarif. Percintaan kedua itu lebih baik daripada percintaan pertama kerana cinta pertama yang kecundang dijadikan pengajaran untuk melalui cinta kedua.
p/s: cerpen kedua saya...weeeee....nampak sgt tahap keboringan tue kan..
Jodoh Itu Ada
Diana, sudah lah..jangan difikirkan lelaki tak berguna itu lagi..Jangan diingat lagi..
Ye Aini..Aku tau..tapi hati ak masih sedih..terluka..4 tahun hubungan kami..4 tahun aku setia dengan dia..tapi ini ke balasan yang aku dapat..
Jangan begini..masih banyak lagi lelaki lain yang kau boleh cari..kt U kite..ramai lelaki lain..Jom la g makan..ak dah lapar nie..tengok laut bukan kenyang pun kan..
Ye la..kau memang asyik lapar je cik Aini oi..Aku tersenyum melihat kerenah kawan aku yang sorang nie..Aini..die lah yang selalu memberikan semangat disaat Amin melafazkan kata perpisahan..Aini lah yang selalu memberikan kata-kata peransang agar dia melupakan Amin.
Selepas makan dan kembali ke hostel..seperti biasa aku akan membuka FB..tiba-tiba terdetik hatiku ingin membuka page Amin..Bertambah sakit hatiku apabila melihat gambar profilenya..Amin bersama perempuan lain..Baru seminggu aku berpisah..Dia sudah meletakkan gambar bersama kekasih lain..sungguh pandai die bermain kata-kata..masih ku ingat segala kata-katanya ketika meminta perpisahan ini.
Disebabkan jarak tempat belajar yang sangat jauh..Dia di selatan tanah air dan aku menyambung pengajian di pantai timur menyebabkan jarak hubungan yang jauh..hanya sms dan telefon yang menjadi penghubung..Siang itu dia menelefon aku..
syg..abg rasa hubungan kita sampai disini saje..abg nk keseorangan..tanpa gangguan sesiapa..lagipun syg jauh..kita jumpa pn tidak selalu..syg boleh cari lelaki yang lebih baik dari abg..
terdiam sebentar aku mendengarnya berkata begitu..
syg...syg dgr kan apa yang abg ckp..abg harap syg faham..
nape tibe-tibe abg nak putus?selama 4 tahun hubungan kita..macam itu saja abg nak putus..mana janji abg nak kawin dengan syg selepas kita habis belajar?
entah lah syg..4 tahun tu abg rasa macam 4 minit..abg dah tak rasa apa-apa..syg nak ke kalau kita kawin nanti seminggu lepas tue abg ceraikan syg??
mengalir air mata aku bila dia kata begitu..selama ini hubungan yang kami bina tidak bererti pada dia..aku terus meletakkan telefon apabila dia berkata begitu..tiada ertinya lagi aku meminta simpati dia..
sekarang baru aku sedar kenapa dia meminta hubungan kami diputuskan..rupanya dia telah ada kekasih lain ditempat dia belajar.baru seminggu putus dia telah ada pengganti..agaknya berapa lama sudah hubungan dia dan perempuan itu yang disembunyikan dari aku..Patutlah selama ini dia tidak mahu add aku atau approve aku sebagai kawan nya di FB..rupanya dia tidak mahu kawan nya di sana tahu yang dia sudah berpunya.
Tiba-tiba semangat datang ke dalam diri ku agar melupakan nya..aku harus lupakan diri nya..
sejak itu aku sibukkan diri dengan projek dan assigment..aku libatkan diri dalam aktiviti di universiti..aku buat semua itu agar aku dapat melupakan diri nya..namun tidak semudah itu aku boleh melupakan nya.
sekarang aku berada di tahun 3..bermakna sudah 2 tahun aku berpisah dengan dirinya..aku masih mengingati nya..ketika aku terlibat dengan aktiviti di universiti..seorang lelaki telah menghulurkan salam perkenalan..aku menyambut salam perkenalan itu hanya sebagai kawan biasa yang terlibat bersama di dalam aktiviti tersebut..Hisyam..itulah nama lelaki yang baru aku kenal itu...
setelah berhempas pulas dengan pelajaran..akhirnya aku berjaya menggenggam sekeping ijazah..
aku bersyukur kerana berjaya menamatkan pelajaran aku dengan jaya nya walaupun banyak rintangan yang aku hadapi..
3 tahun telah berlalu....
Faiz...hati-hati...jatuh nanti...kata Hisyam kepada anaknya yang baru berusia setahun lebih sambil mengikut langkah anaknya yang masih tidak stabil lagi berjalan..
comelnya baby ini...anak awk ke?
ye..anak sy..Faiz Irfan namanya..salam uncle syg..
faiz menghulurkan tangan nya yang comel itu dan kembali berjalan kearah papanya selepas bersalam dengan lelaki tadi..
sy Hisyam..sorang saje ke..sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan..
sy Amin..tidaklah..sy datang dengan sepupu sy..dia pergi ke tandas..isteri awk mana?
Isteri sy juga ke tandas..itu yang jaga Faiz sebentar..
Tiba-tiba...sepupu Amin datang dari arah tandas dan memberitahu sesuatu kepada Amin..
Amin..aku jumpa dia..dalam tandas tadi..
Ye ke?Betul nie..
Betul..kalu kau xpercaya..kita tunggu ya..Eh..comelnya baby nie...
Intan..kenalkan ini Hisyam dan anaknya Faiz..Hisyam..ini sepupu sy,Intan..
Intan mahu mendukung Faiz..tetapi belum sempat mendukung Faiz memanggil mama nya..Faiz berjalan kearah mamanya..masing-masing memandang kearah tempat tujuan Faiz..Amin dan Intan terperanjat apabila melihat perempuan yang dipanggil mama oleh Faiz itu..
Diana terperanjat melihat Amin tetapi dengan wajah tenang,dia berjalan kearah Hisyam sambil mendukung Faiz..Hisyam memeluk bahu Diana dan mengenalkan dia sebagai isterinya kepada Amin dan Intan..Diana menganggap Amin seperti orang yang tidak dikenali dan hanya mengangguk kan kepala saja kepada Amin..Diana terus mengajak Hisyam pergi ke tempat lain..
Amin memerhatikan sahaja dari jauh pasangan yang berpimpinan tangan itu berlalu pergi..Dia menyesal kerana mensia-siakan Diana dulu..Ternyata Sara yang dia kenal ketika di universiti dulu hanyalah kaca..Sara ternyata curang dibelakangnya dengan kawan baik nya sendiri..Dia menyesal kerana melepaskan permata yang cukup berharga hanya kerana tergoda dengan layanan Sara ketika dia memerlukan seorang kekasih disisi..Kata-katanya ketika memutuskan hubungan dengan Diana menjadi kenyataan..Diana berjaya menemui lelaki yang lebih baik dari dirinya..Intan menepuk bahu sepupunya..Dia mengetahui betapa terseksanya sepupunya mencari Diana kerana menyesali perbuatannya setelah Sara berlaku curang..Namun setelah berjumpa ternyata Diana telah bertemu dengan jodohnya dan hidup dengan bahagia sekali..
~Tamat~
p/s: first time ak menulis ini...cube2...hehehe..bagi la komen ye...akn diperbaiki dimasa hadapan..^_^
Friday, December 3, 2010
GaMBaR Di UlU BeNDuL
Saturday, November 27, 2010
TomorroW
sy akn nek pahang...
weee...
dah lme jg xg pahang nie...
hope evrything ok...
insyaallah...
mau hntr report...
n of cos mau jmpe yg trsyg...
toing..toing...
esk drive slow je..
bw ank dara org...
hehehe...
xle drift...
t sian die...
doakan sy selamat pergi dn pulang ye....
Friday, November 26, 2010
LaSt DaY
tue la perasaan yg ad skrng...
sedih..
sbb hari ini last day ak internship kt politeknik...
gembira...
sbb hari ini last day ak bergelar mahasiswa UMP..
bile dh rapat...kne berpisah...
tue la lumrah idup...
tp insyaallah...akn still berhbung antara 1 sme ln...
insyallah...
ak berjaya jg menghabis kn stdy ak mengikut masa yg ditetapkan...
alhmdulillah...
ak brjaya menjadi ank pertama...cucu pertama...ank buah pertama...sepupu pertama...
yg berjaya msuk ke universiti...
n mendapat ijazah sarjana muda dlm usia yg agk muda...22 tahun 19 hari...hehehe...
brjya mnjadi contoh utk adik2 ak n sepupu2 ak yg msih bljr....
alhamdulillah...
ad jg yg menyusul slpas ak...mendapat ijazah pd usia yg muda...
TARGET slps nie...keje dan sambung master....mahu jd yang pertama dlm family mndptkn master...insyallah...
p/s: pada kawan2 ku....tahniah...kerana berjaya menghabis kn stdy kamu smua....
Thursday, November 25, 2010
WOW!!!!!!SERAM...GEMBIRA...????
tiada???
cube perhatikan betul2...
teliti pada gambar itu...
adakah sesuatu yg menarik???menakutkan??atau...menyedihkan???
tue la gambar yg ak ambik hri ini....
wawawawawa.....
terkejut....mcm2 perasaan ak skrng....
gambar ini diambil dkt rumah tradisi melayu melaka..
asalnya merupakan rumah penghulu kg...
skrng diambil alih oleh muzium....
Wednesday, November 24, 2010
MY HaNdPhoNes
walaupn xsemahal mana...
tp ak ttp nk tlis...
my first new handphone...
bile ms ak beli ek...
matrik ke u ek...
sudah lupe...
jenis nokia...
nie la first time ak gne hp ad memory card...
sgt teruja kn...
kamera pn ok la...
jenis nye 3500 Classic...
wrna pink...
still digunakan...
tp ak bg adk ak yg form 2 la gne....
ak bli time kt U....
time nie minat sgt sony...
so ak pn bli la...
jnis sony ericson..
K850i...
masih dignakan...
tp ak bg my love yg gna skrng...
yg murah...sbb time ak bli nie..
hp di ats sdang rosak...
jadi trpksa gne hp ln..
hp biase je...R306
xd memory card..
kamera pn ok xok...
bt still syg..
tp hp tue hilang sbb kne curi...
ak menggunakan nokia kmbli...
jnis slide...X3...
ak pn xtau npe ak trtarik dgn hp nie...
walaupn kmera xsecanggih K850...
tp tetap menawan hti ku...
hehehe...
p/s: sy sgt ske kmpul kasut....hehehe...(elo...xd kaitan pn dgn cite di ats la...)
UlU BenDuL
bercuti di Hutan Lipur Ulu Bendul,N9
dh nme nye Hutan Lipur kan...
xkan laut n pantai kn...
sudah semestinya air terjun..
ak g dgn my family....
n kawan2 mak ak...
jadi nye mcm rombongan la kan...
pegi 2 bas...n xpsti pla bpe kete...
ak jg nek kete...dgn ayh...n fika n miza...
mak n adik nek bas....
utk berkelah tue....
mak ak msk nasi aym...nuget..kentang..n hot dog...
banyak tue...
tp tetap hbs...
ye la...mandi...mkn...mandi..mkn...
mana xhbs....
sgt seronok..
air pn sejuk sgt2...
terlalu sejuk ok...
kalu berendam memang menggigil...
xkire la byk lemak ke...xd lemak ke...
confirm menggigil...
sbb terlalu sejuk...
better than Air Terjun Hutan Lipur Gunung Ledang, Air Terjun Bekuk n Air Terjun Panching...
Ulu Bendul sgt la bersih...
keindahan terpelihara...
even tandas n surau die pn bersih..bsr...n sgt banyak...
masuk pn free...
sgt...sgt..sgt...suka...
t ayh kata nak g lg...yuhuuuu...
kt situ byk tapak khemah utk smua yg nk berkhemah...
masa ak g hri tue...
rmai student...
dari kadet polis....JPA...n Bulan Sabit Merah...
sgt2 rmai..
tp dieorg smua xmenyibuk mndi manda...
msti ad aktiviti kt kem msing...
masa balik tue...
dh nme pn nek kete kn...
smpat la singgah kt tepi swah...
sgt cntik ok..
sbb swah tue bru nk menguning...
so byang kan la keindahan die mcm mana...
bg pencinta alam sekitar...msti ckp cntik..
tp kalu pencinta bangunan n bandar...
msti ckp biasa2 je..huhuhu...
tp pd ak sgt cntik ok..
smpt la bergmbr bagai...
so pd smua yg nk brcuti kt air terjun...
le la masuk kan Hutan Lipur Ulu Bendul sebagai salah satu pilihan...
confirm xrugi kalu g...
p/s: gmbr2 akn diupload nnti ye...sbb tiada masa mahu transfer dri kamera...
Sunday, November 21, 2010
CuTi
3 hari tue...termasuk cuti raya haji, sbtu n ahd..
so 6 hri semua nye...
sgt seronok ok...
raya haji tue mcm biasa la...
semua m.cik n p.cik ak blik...
khamis sempat g pejabat...
coz pegawai ak ajk mkn kfc...
smpt lg tue...
jumaat pla g jmpt mizah kt asrama...
then tgk harry potter...
yg xtahan nye...
ak bw kesayangan ku...
IZHAN NAJDI...
dan msti la die xfhm kn tgk cite tue..
ad ke time tgh2 tgk...
die ckp jom la blik..
xbest la kt sni...
hahahaha...
at last ak bg die men game kt hp ak...
trpksa la melayan kerenah die...
dah mcm bw ank pla...
mlm nye g blik kg kt Muar..
dgn family...
sabtu xd bt pe2...
just g pasar malam...
ahad...
xpasti la...maybe g bangi...
hntr mira blik hstel...
n isnin...hri last ak cuti..
b4 menamatkn prktikal n also my stdy...
isnin ak akn brcuti sekeluarga...
tnpa adik ak mira...
pergi mandi manda di Air Terjun Ulu Bendul, N9...
tue je la aktiviti time cuti nie...
Saturday, November 20, 2010
PeRKaRa YaNg PerLu DiHindaRi
bukan utk menakutkan tetapi sebagai panduan utk dihindari sama ada melalui usaha dan doa...
sebagai org beriman, yg penting adalah keyakinan kita kpd ALLAH....
bahawa setiap yg berlaku...
akn berlaku atau yg tlh berlaku adalah ketentuan dri ALLAH....
* tidur meniarap
* menyapu rumah diwaktu malam
* menyapu sampah dgn kain
* tidak bersihkan rumah
* membasuh tangan pd bks tmpt makan
* duduk di ats tangga
* bersandar pd slh satu daun pintu
* berwuduk di dlm tandas
* menjahit baju yg sedang dipakai
* keringkan muka dgn bju yg sedang dipakai
* berdiri smbil bercekak pinggang
* tidur tnpa pakaian
* meniup api
* makan dgn penyepit
* berjalan diantara 2 perempuan
*menggigit kuku
* letak tpk tgn dihidung
* meremehkan solat
* tidak baca BISMILLAH ketika mkn
* mkn atau mnm guna bekas yang retak atau kemek
KePeRiBaDiaN MeNgiKut HaRi KeLaHiRaN
.:: SELASA - mudah terpengaruh, tidak mempunyai pendirian tetap, mudah naik darah, pemarah, tidak sabar dan selalu ingin menang.
.:: RABU - pendiam namun kalu berbual banyak cakap, tidak suka mencampuri urusan orang lain, baik hati, suka menolong dan murah rezeki.
.:: KHAMIS - pendirian tidak tetap, suka dipuji, beremosi, mudah termakan pujukan oleh rayuan dan tidak sabar.
.:: JUMAAT - disukai orang, kuat mental, suka menolong, suka memberi nasihat yang baik dan suka belajar.
.:: SABTU - rajin bekerja, rajin dan pandai mencari rezeki, ditakuti orang, pandai membawa diri dan boleh menyelesaikan kerja dengan baik.
.:: AHAD - pandai bergaul, disukai orang, berjiwa besar, suka merendah diri, pandai berbicara dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan baik.
Friday, November 19, 2010
TaNdA GeRaKaN Di BaHaGiaN MaTa
.:: Gerak kelopak mata kiri > Bertemu dengan orang yang dikasihi (yang lama tidak berjumpa), melihat orang yang disayang, bertemu dengan tunang. Atau melihat sahabat handai yang datang dari jauh, dikunjungi oleh saudara mara yang jauh atau melihat (bertemu) orang lain (yang bukan saudara mara) yang datang dari jauh.
.:: Gerak kelopak mata kiri bawah > Duka nestapa, menangis
.:: Gerak bibir mata bawah > Menangis, sedih, duka nestapa, terjadi perkara yang menyedihkan.
.:: Gerak pohon mata kanan > Lepas daripada penyakit, lepas daripada bala bencana, selamat sejahtera.
.:: Gerak pohon mata kiri > Dapat rezeki berupa wang ringgit dan sebagainya, dapat kesenangan
.:: Gerak ekor mata kanan > Melihat orang yang datang daripada jauh yang lama tidak berjumpa, menerima tetamu dari jauh
.:: Gerak ekor mata kiri > Jatuh sakit teruk, sakit merana.
.:: Gerak biji mata kanan > Jatuh cinta, tertawan dengan seseorang, menangis kerana percintaan (seseorang yang disayangi)
.:: Gerak biji mata kiri > Riang gembira, aman damai dalam kehidupan.
TaNdA GeRaKan Di BaHaGiaN KeNinG
.:: Gerak kening kiri > Tenang fikiran, bahagia dan riang gembira. Murah rezeki. Bertemu orang yang dicintai. Harmoni keluarga.
Thursday, November 18, 2010
TaNda GeraKan Di Bahagian KePala
.:: Gerak Ubun-Ubun > mendapat sukacita dan gembira, cita-cita berhasil dan berasa bahagia...
.:: Gerak bahagian kepala kanan > Jatuh cinta, bermadu (poligami), duka. Mendapat pujian orang ramai...
.:: Gerak bahagian kepala kiri > Kalau bekerja naik pangkat, menerima tanda (bintang) kebesaran kerana jasa dan perkhidmatan. Mendapat ganjaran istimewa kerana pekerjaan yang baik. Mendapat rzeki yang banyak...
p/s: semua yang terjadi adalah kehendak dan kekuasaan dari ALLAH...semuanya bergantung pada ketentuan ALLAH...kita harus berusaha untuk dapatkan sesuatu...
GeMpA BuMi
gempa bumi itu akn berlaku di 3 wilayah dunia...
wilayah timur...wilayah barat dan jazirah arab....
Ibnu Hajar berkata: "Sesungguhnya telah terjadi pelbagai gempa bumi dan tanah runtuh di pelbagai tempat tetapi yang dimaksudkan dengan tiga gempa itu adalah lebih besar lebih luas wilayahnya daripada yang sudah terjadi "....
Subahanallah....
kalu yang skrng nie kcik je...yg lebih besar n luas mcm mana la agk nye...
wallahu 'alam....
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Terhadap umat ini akan terjadi pembenaman bumi, perubahan bentuk (kepada yang buruk) dan bumi menggelongsor, apabila sudah muncul para penyanyi wanita, alat-alat muzik dan minuman keras (secara berleluasa)."(Hadis riwayat Tarmizi dari Umran Ibn Husain)..
cuba kita liht...
skrng kt Malaysia rmai penyanyi wanita...
apakah di Malaysia akn trjadi gempa bumi....letupan gunung berapi...tsunami???
mungkin skrng kita hanya rasa tempias dri Indonesia...
tp pernh x kita terfkir...akn brlaku di Malaysia...
mungkin kita akn ckp...gunung berapi di Malaysia..dah mati...
tidak akn meletus...
tapi mungkin kita tidak tahu...atau lupa kejadian yang berlaku pada masyarakat Pompeii, Itali...
Gunung berapi Vesuvius yang sebelum ini 'sepi' selama 2 juta tahun...2 juta tahun tidak meletup...akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu...so tidak ad yang mustahil...
Gempa bumi n taufan tsunami sekarang merupakan mukadimah daripada Sangkakala sebelum menjelang kiamat...
Sesungguhnya Allah s.w.t akan menjaga dan melindungi orang yang benar-benar beriman sehingga mereka tidak akan melihat goncangan hari kiamat yang mana terjadi sebelumnya tiga pembenaman bumi di timur..di barat..dan di tanah Arab tersebut...
sekadar berkongsi pengetahuan yang ada....