Saturday, December 4, 2010

Jodoh Itu Ada

Diana memerhati laut dan ombak yg tenang di hadapannya..Namun masih tidak dapat menenang dan mengubati hatinya yang terluka..Dia tidak sangka Amin sanggup membuatnya begitu..

Diana, sudah lah..jangan difikirkan lelaki tak berguna itu lagi..Jangan diingat lagi..

Ye Aini..Aku tau..tapi hati ak masih sedih..terluka..4 tahun hubungan kami..4 tahun aku setia dengan dia..tapi ini ke balasan yang aku dapat..

Jangan begini..masih banyak lagi lelaki lain yang kau boleh cari..kt U kite..ramai lelaki lain..Jom la g makan..ak dah lapar nie..tengok laut bukan kenyang pun kan..

Ye la..kau memang asyik lapar je cik Aini oi..Aku tersenyum melihat kerenah kawan aku yang sorang nie..Aini..die lah yang selalu memberikan semangat disaat Amin melafazkan kata perpisahan..Aini lah yang selalu memberikan kata-kata peransang agar dia melupakan Amin.

Selepas makan dan kembali ke hostel..seperti biasa aku akan membuka FB..tiba-tiba terdetik hatiku ingin membuka page Amin..Bertambah sakit hatiku apabila melihat gambar profilenya..Amin bersama perempuan lain..Baru seminggu aku berpisah..Dia sudah meletakkan gambar bersama kekasih lain..sungguh pandai die bermain kata-kata..masih ku ingat segala kata-katanya ketika meminta perpisahan ini.

Disebabkan jarak tempat belajar yang sangat jauh..Dia di selatan tanah air dan aku menyambung pengajian di pantai timur menyebabkan jarak hubungan yang jauh..hanya sms dan telefon yang menjadi penghubung..Siang itu dia menelefon aku..

syg..abg rasa hubungan kita sampai disini saje..abg nk keseorangan..tanpa gangguan sesiapa..lagipun syg jauh..kita jumpa pn tidak selalu..syg boleh cari lelaki yang lebih baik dari abg..

terdiam sebentar aku mendengarnya berkata begitu..

syg...syg dgr kan apa yang abg ckp..abg harap syg faham..

nape tibe-tibe abg nak putus?selama 4 tahun hubungan kita..macam itu saja abg nak putus..mana janji abg nak kawin dengan syg selepas kita habis belajar?

entah lah syg..4 tahun tu abg rasa macam 4 minit..abg dah tak rasa apa-apa..syg nak ke kalau kita kawin nanti seminggu lepas tue abg ceraikan syg??

mengalir air mata aku bila dia kata begitu..selama ini hubungan yang kami bina tidak bererti pada dia..aku terus meletakkan telefon apabila dia berkata begitu..tiada ertinya lagi aku meminta simpati dia..

sekarang baru aku sedar kenapa dia meminta hubungan kami diputuskan..rupanya dia telah ada kekasih lain ditempat dia belajar.baru seminggu putus dia telah ada pengganti..agaknya berapa lama sudah hubungan dia dan perempuan itu yang disembunyikan dari aku..Patutlah selama ini dia tidak mahu add aku atau approve aku sebagai kawan nya di FB..rupanya dia tidak mahu kawan nya di sana tahu yang dia sudah berpunya.

Tiba-tiba semangat datang ke dalam diri ku agar melupakan nya..aku harus lupakan diri nya..
sejak itu aku sibukkan diri dengan projek dan assigment..aku libatkan diri dalam aktiviti di universiti..aku buat semua itu agar aku dapat melupakan diri nya..namun tidak semudah itu aku boleh melupakan nya.

sekarang aku berada di tahun 3..bermakna sudah 2 tahun aku berpisah dengan dirinya..aku masih mengingati nya..ketika aku terlibat dengan aktiviti di universiti..seorang lelaki telah menghulurkan salam perkenalan..aku menyambut salam perkenalan itu hanya sebagai kawan biasa yang terlibat bersama di dalam aktiviti tersebut..Hisyam..itulah nama lelaki yang baru aku kenal itu...

setelah berhempas pulas dengan pelajaran..akhirnya aku berjaya menggenggam sekeping ijazah..
aku bersyukur kerana berjaya menamatkan pelajaran aku dengan jaya nya walaupun banyak rintangan yang aku hadapi..

3 tahun telah berlalu....

Faiz...hati-hati...jatuh nanti...kata Hisyam kepada anaknya yang baru berusia setahun lebih sambil mengikut langkah anaknya yang masih tidak stabil lagi berjalan..

comelnya baby ini...anak awk ke?

ye..anak sy..Faiz Irfan namanya..salam uncle syg..

faiz menghulurkan tangan nya yang comel itu dan kembali berjalan kearah papanya selepas bersalam dengan lelaki tadi..

sy Hisyam..sorang saje ke..sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan..

sy Amin..tidaklah..sy datang dengan sepupu sy..dia pergi ke tandas..isteri awk mana?

Isteri sy juga ke tandas..itu yang jaga Faiz sebentar..

Tiba-tiba...sepupu Amin datang dari arah tandas dan memberitahu sesuatu kepada Amin..

Amin..aku jumpa dia..dalam tandas tadi..

Ye ke?Betul nie..

Betul..kalu kau xpercaya..kita tunggu ya..Eh..comelnya baby nie...

Intan..kenalkan ini Hisyam dan anaknya Faiz..Hisyam..ini sepupu sy,Intan..

Intan mahu mendukung Faiz..tetapi belum sempat mendukung Faiz memanggil mama nya..Faiz berjalan kearah mamanya..masing-masing memandang kearah tempat tujuan Faiz..Amin dan Intan terperanjat apabila melihat perempuan yang dipanggil mama oleh Faiz itu..

Diana terperanjat melihat Amin tetapi dengan wajah tenang,dia berjalan kearah Hisyam sambil mendukung Faiz..Hisyam memeluk bahu Diana dan mengenalkan dia sebagai isterinya kepada Amin dan Intan..Diana menganggap Amin seperti orang yang tidak dikenali dan hanya mengangguk kan kepala saja kepada Amin..Diana terus mengajak Hisyam pergi ke tempat lain..

Amin memerhatikan sahaja dari jauh pasangan yang berpimpinan tangan itu berlalu pergi..Dia menyesal kerana mensia-siakan Diana dulu..Ternyata Sara yang dia kenal ketika di universiti dulu hanyalah kaca..Sara ternyata curang dibelakangnya dengan kawan baik nya sendiri..Dia menyesal kerana melepaskan permata yang cukup berharga hanya kerana tergoda dengan layanan Sara ketika dia memerlukan seorang kekasih disisi..Kata-katanya ketika memutuskan hubungan dengan Diana menjadi kenyataan..Diana berjaya menemui lelaki yang lebih baik dari dirinya..Intan menepuk bahu sepupunya..Dia mengetahui betapa terseksanya sepupunya mencari Diana kerana menyesali perbuatannya setelah Sara berlaku curang..Namun setelah berjumpa ternyata Diana telah bertemu dengan jodohnya dan hidup dengan bahagia sekali..

~Tamat~

p/s: first time ak menulis ini...cube2...hehehe..bagi la komen ye...akn diperbaiki dimasa hadapan..^_^

4 comments:

  1. .....jalan cerita yang baik,
    gaya penulisan yg santai, saya bg 3/5 bintang...hehehehe :D

    ReplyDelete
  2. haha..thansk..thanks..
    tue je yang mampu buat sbb srkng sudah boring yang teramat..

    ReplyDelete
  3. bagusnya ko eh.....
    boring tulis cerpen....huhuhu...
    comel baby tu.....apakah nama sebenar dia???

    ReplyDelete
  4. hehe..tue je yg mmpu ak buat time menganggur nie

    ReplyDelete