Saturday, December 4, 2010

CinTa KeduA LeBiH BaiK

“Halim, pe yg kau buat nie?”serius Farid bertanya.

“Apa yang aku buat nie?xfaham la aku.” Dengan selamba nya Halim menjawab.

“Kenapa kau nak bawa Mai tue sebagai pasangan majlis company ? Tasha,isteri kau macam mana?”

“Ala..kau bukan xkenal dengan isteri aku tue. Berfesyen pun xtau.Malu aku nanti.Sekurang-kurangnya Mai tue cantik dan menawan.Xde la malu aku bawa dia nanti.” Dengan bangga Halim berkata.

“Huh. Bukan selama ini kau ke yang menghalang Tasha bersosial. Bukan kau ke yang tidak benarkan Tasha bekerja. Aku xfaham lah dengan kau ini.” Jawab Farid terus keluar dari bilik Halim.

Malas Farid nak bersoal jawab dengan kawan baik nya sejak U dulu. Orang yang sedang dilamun cinta tidak akan dengar nasihat orang lain. Dia kesian dengan Tasha, isteri Halim. Tasha satu U juga dengan dia dan Halim. Kisah percintaan mereka sejak dari universiti semuanya Farid tahu. Tasha mempunyai ijazah tetapi tidak dibenarkan Halim untuk bekerja kerana Halim cemburu lelaki lain rapat dengan Tasha. Ketika di universiti dulu, Tasha mempunyai ramai peminat. Tasha jenis yang ceria dan rupa paras nya sejuk mata memandang menyebabkan ramai lelaki yang terpikat . Kawan sekelasnya, Zarif pernah memberitahunya yang dia mencintai Tasha namun ketika itu Tasha sedangkan bercinta dengan Halim. Sejak habis belajar, dia tidak lagi berjumpa dengan Zarif. Tapi sejak berkahwin dengan Halim, semua aktiviti Tasha disekat dan semua perwatakan Tasha berubah. Dia tidak lagi pandai bersosial dan bergaya seperti ketika masih belajar. Mungkin bagi Tasha, dia telah berkahwin dan tidak perlu bergaya lagi.Halim hanya memerhatikan Farid keluar dari biliknya. Dia terbayang-bayangkan kemanjaan dan kecantikan Mai. Kerana kecantikan dan kemanjaan Mai itulah membuatkan dia jatuh cinta sekali lagi. Bukan Tasha tidak cantik, tapi Tasha malas hendak bergaya. Hanya memakai kain batik dan tshirt sahaja di rumah. Tasya merupakan isteri yang sempurna. Layanan yang diberikan Tasya cukup sempurna. Semua kawan-kawannya cakap beruntung dia mempunyai isteri sperti Tasya. Tapi dia mahu mempunyai zuriat sendiri. Setelah 5 tahun usia perkahwinannya dengan Tasha, sampai sekarang dia masih tidak dikurniakan zuriat. Dia menyalahkan Tasha kerana tidak dapat memberikan dia zuriat sedangkan doctor telah mengatakan yang dia dan Tasha tidak mempunyai masalah. Dia yakin mesti Tasha akan membenarkan dia berkahwin dengan Mai. Malam ini dia akan membawa Mai ke majlis company sebagai pasangannya dan akan menghabiskan masa bersama dengan Mai.

“Abg, malam ini akan majlis company kan. Tasya nak ikut abg. Please abg.” Tasya memujuk Halim agar membawa dia ke majlis tersebut.

“Tasya, abg bukan tak mahu bawa Tasya, tapi semua kawan-kawan abg tak bawa pasangan. Takkan abg nak bawa pasangan pula. Dah lah. Abg dah lewat ini. Jangan tunggu abg balik.” Kata Halim dan dia terus keluar.

Mengalir air mata Tasya melihat suaminya pergi. Bukan dia tidak tahu yang semua staff boleh membawa pasangan. Ain, isteri Farid telah menghubunginya petang tadi memberitahu hal itu.

Ain berharap yang Tasya akan mengikut Halim ke majlis tersebut kerana Ain akan pergi bersama dengan Farid. Malam itu Tasya tidur berendamkan air mata.

Keesokan harinya, setelah Halim pergi ke tempat kerja, Tasya menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Ketika berehat di dalam bilik setelah selesai melakukan kerja rumah, tiba-tiba telefon Halim berbunyi menandakan sms masuk.

“Abg ini mesti terlupa bawa handphone. Apa la yang difikirkan agaknya.” Ngomel Tasya sambil mengambil telefon suaminya untuk melihat.

“Hm..dari officemate Mai. Mesti ada yang urgent ini. Baik aku buka untuk lihat kandungannya.”

Terperanjat dia melihat isi kandungan sms tersebut. Apa hubungan sebenar suaminya dengan Mai. Dia seperti tidak percaya kandungan sms tersebut. Dia membuka kandungan inbox yang lain. Honey dan Baby. Mengalir air matanya apabila melihat isi kandungan tersebut.

Tasya menyimpan hal tersebut didalam hati kerana terlalu sayangkan Halim. Sehinggalah suatu hari Tasya mendapat berita Halim ditangkap basah bersama Mai di apartment Mai. Hancur hati Tasya apabila mendapat berita tersebut. Dia tidak sangka Halim sanggup membuat perkara keji itu. Dia tidak mampu bersabar lagi dengan Halim. Dia mahu Halim ceraikan dia sebelum berkahwin dengan Mai. Dengan berat hati Halim menceraikan Tasya dengan talak satu.

Pada malam Halim nikah dengan Mai, Tasya berangkat ke London untuk menenangkan hati.

Ketika dia tiba di lapangan terbang Kota London, tiba-tiba dia terlanggar seseorang.

“I’m sorry sir.” Tasya meminta maaf sambil mengangkat barang yang terjatuh.

“It’s ok. It’s also my fault. Are you ok miss?”

“Yes, I’m ok. Sorry again sir.”

Ketika mengangkat muka untuk melihat wajah yang dilanggar, terperanjat Tasya kerana yang dilanggarnya adalah Zarif, rakannya ketika di universiti. Zarif begitu gembira kerana dapat berjumpa dengan perempuan yang dia cintai selama ini. 5 tahun dia berhijrah ke Kota London kerana membawa diri ketika majlis perkahwinan Tasya dan Halim. Tidak disangka dia berjumpa kembali. Zarif memerhatikan sekitarnya untuk mencari Halim.

“Tasya, mana Halim? tak nampak pun.”

Tersentak Tasya apabila Zarif bertanya begitu.

“Hm, saya dah bercerai dengan Halim. Awak buat apa kat sini?”

“Maafkan saya kerana membuat awak sedih Tasya. Saya tidak tahu. Saya bekerja di sini. Baru pulang dari Paris. Bercuti. Awak pula buat apa disini?”

“Tidak mengapa. Hal dah berlalu. Saya bercuti ke sini. Mencari ketenangan. Eh, boleh la awak bawa saya berjalan di London.”

“Boleh. Tidak menjadi masalah. Mari saya bawa awak ke hotel. Mesti awak penat dan perlu berehat. Selepas itu baru saya bawa awak ye.”

Setelah 5 hari di London, Tasya gembira kerana Zarif melayan dia dengan baik. Namun hatinya masih terluka dan sedih dengan apa yang berlaku. Tasya telah meminta Zarif mencarikannya pekerjaan di sini kerana dia tidak mempunyai kekuatan untuk balik ke Malaysia. Mesti segala kenangan bersama Halim akan diingatinya.


7 tahun berlalu..

Lapangan Terbang KLIA penuh sesak dengan pengunjung dari pelbagai negara. Kelihatan sepasang suami isteri dan anak kembar mereka yang berusia 2 tahun keluar dari balai ketibaan. Farid melambai kearah pasangan tersebut. Zarif dan Farid berpelukan seperti sudah lama tidak berjumpa. Mereka terus pulang kerumah keluarga Zarif.

“Hubby, ok ke baju yang honey pakai ini? Tidak over ke?” Tanya Tasya kepada suami nya Zarif.

Zarif terpegun melihat kecantikan Tasya. Walaupun telah melahirkan anak, dia masih kelihatan seperti anak dara. Bertuah sungguh dia dapat memiliki Tasya walaupun sungguh pada mulanya Tasya susah untuk menerimanya kerana masih takut dengan kisah silam nya bersama Halim.

Namun berkat kesabaran dan doa yg dipanjatkan, Tasya akhirnya dapat menerimanya sebagai suami. Dia berjanji akan membahagiakan Tasya sehingga keakhir hayat.

“Cantiknya isteri hubby nie. Macam anak dara lah. Kita tak payah lah pergi ke majlis reunion tue.” Kata Zarif sambil memeluk isterinya dari belakang.

“Hubby ni kenapa? Kan kita dah janji dengan Farid dan Ain nak pergi. Kesian mereka. Mesti tertunggu-tunggu nanti.”

“Ala, isteri hubby nie cantikkan sangat. Tergoda hubby sekarang.”

“Hish hubby nie. Cepatlah. Honey nak bersiap nie. Nanti lagi lambat kita pergi.” Kata Tasya sambil menampar lengan suaminya manja.

Di majlis reunion tersebut, semua mata jemputan tertumpu kepada pasangan yang baru saja tiba. Keanggunan Tasya dan kekacakan Zarif menyebabkan semua mata jemputan tertumpu kepada mereka. Halim terperanjat memerhatikan pasangan tersebut. Bekas isterinya bertambah anggun dan bergaya sekarang. Malah semakin bergaya dan cantik dari ketika mereka menjadi kekasih dulu. Dia tidak sangka Tasya akan datang juga majlis reunion ini. Paling dia tidak sangka Tasya akan hadir bersama Zarif sebagai pasangan.

“Apakah hubungan mereka?” Halim tertanya-tanya sambil darah cemburunya mula meluap. Tapi dia tidak sanggup hendak bertanya dengan rakannya yang lain. Hendak bertanya sendiri dengan Tasya, dia malu dengan apa yang dia buat dahulu.

Keesokan harinya ketika sedang menuju ke restoran di shoping complex untuk makan tengah hari, Halim ternampak Tasya dari jauh. Dengan perlahan dia melangkah kearah Tasya namun tiba-tiba Zarif muncul bersama dua orang baby lelaki dan Halim melihat Tasya mendukung salah sorang baby tersebut dengan senyuman yang melimpah ruah. Tiba-tiba bahu Halim ditepuk dari belakang.

“Sudahlah. Jangan difikirkan Tasya lagi. Sekarang kau dah kawin dengan Mai. Setialah dengan dia. Tasya sudah bahagia sekarang dengan suami dan anak-anaknya. Jangan diganggu kebahagian mereka lagi.” Kata Farid kepada Halim. Dia tidak sangka Zarif akan membawa diri ke London dan masih mencintai Tasya. Kukuh cinta Zarif terhadap Tasya walaupun tidak diluahkan ketika belajar dulu.

Halim terperanjat mendengar kata Farid. Tidak sangka Tasya sudah berkahwin lain dan semakin cantik bergaya walaupun sudah mempunyai anak.

“Menyesal aku kerana tidak menjaga hubungan aku dengan Tasya dengan baik. Aku sanggup menjalinkan hubungan dengan perempuan lain sedangkan dia setia dengan aku dulu.”

“Dulu aku dah nasihatkan kau tapi kau yang tak mahu dengar. Nasi dah menjadi bubur. Terimalah kenyataan jodoh kau dan Tasya dah berakhir.”

“Mai tidak sama dengan Tasya, Farid. Dia selalu memberontak apabila aku menyuruh dia buat sesuatu. Sampai sekarang dia tak mahu memberi aku zuriat. Mungkin ini balasan yang aku dapat kerana menyakiti hati Tasya.”

“Sudahlah. Kau doakan sahaja Mai berubah. Insyaallah suatu hari nanti dia akan berubah.”

Halim mengangguk sambil memerhatikan Tasya dan Zarif hilang dari pandangan. Tasya beruntung akhirnya dia ditemukan dengan suami yang sangat mencintai dirinya. Tasya bahagia dan dia telah menjadi perempuan yang sempurna. Dia telah menjadi isteri kepada Zarif dan ibu kepada anak kembarnya. Akhirnya pelayaran Tasya telah berlabuh di pelabuhan kasih Zarif. Percintaan kedua itu lebih baik daripada percintaan pertama kerana cinta pertama yang kecundang dijadikan pengajaran untuk melalui cinta kedua.

p/s: cerpen kedua saya...weeeee....nampak sgt tahap keboringan tue kan..

1 comment:

  1. Pengkritik Tetap: hurm....lenggok penulisan anda nampaknya ada sedikit peningkatan, pengolahan cerita yang jelas, tpi try lari dari kebiasaan dlm memaparkan subjek dlm cerita anda, okay....
    teruskan usaha, saya menanti untuk cerpen yg ketiga, tahniah... ^_^

    ReplyDelete